Friday, August 10, 2012

FIGHT IF YOU ARE RIGHT!

 https://www.facebook.com/kefie92/posts/3451202643404?notif_t=feed_comment

Petang tadi aku terfikir sesuatu tentang Ibadah Puasa. Zaman sekarang ini, terlalu ramai manusia yang jahil dengan ilmu agama. Semua nak debat ikut suka hati. Agak agaknya, sah atau tidak puasa kalau rambut itu berwarna warni bak warna pelangi?
Agak kontroversi berdebat dengan pejuang pejuang Melayu Liberal.
But first, kita go through Syariah yang tergaris di dalam Al-Quran dan Hadith.
Mewarnakan rambut mengikut Imam Shafi'e, HARAM!
Mengikut pendapat Imam lain , ada yang kata Makruh, dan lain lain.
Sebelum itu, baik diteliti dari segala aspek, kerana Islam terbina dengan adanya perkara yang saling kait mengait.
Jika pewarna rambut itu terdapat bahan yang menghalang air dari melalui anggota badan,
maksudnya tidak sah Mandi Hadas yang dilakukan. Jika Mandi Hadas tidak sah, secara automatik Ibadah Ibadah yang diperintahkan oleh Allah tidak sah. Jadi, kalau beribadah tetapi ibadah tersebut secara terang terangan tidak sah dan diterima, buat apa beribadah. Sia sia Sahaja. Tetapi ada suara suara sumbang berkata 'Sah atau tidak ibadah seseorang itu hanya Allah yang tentukan, sebagai hamban-Nya, kita buat sahaja".
Take note:  Jangan ambil remeh tentang Ibadah, kerana kesempurnaan dalam Ibadah itu yang dituntut oleh Tuhan.