Saturday, October 13, 2012

Cara Melabur Dalam Pasaran Saham

Apa itu saham? Saham merupakan suatu alternatif yang sesebuah syarikat ada untuk meningkatkan modal mereka untuk pelbagai tujuan. Bursa Malaysia merupakan suatu tapak untuk menjual unit unit saham kepada pelabur runcit di dalam Malaysia.

1. Bakal pelabur dikehendaki membuka 2 jenis akaun iaitu CDS akaun dan juga Trading akaun. CDS akaun merupakan sistem elektronik yang disediakan oleh Bursa Malaysia untuk merekodkan segala urusniaga debit dan kredit unit unit saham yang dibeli atau dijual oleh para pelabur. Trading akaun pula merupakan akaun dimana para pelabur memasukkan sejumlah wang untuk urusniaga saham.
2. Bukan semua bank yang menguruskan bidang pelaburan. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 15 buah bank yang terlibat secara langsung dalam bidang pelaburan. Ia dikenali sebagai Participating Organization iaitu penggabungan sekurang kurangnya 3 buah Stock Broking Company. Antara bank tersebut ialah Maybank SIC Berhad, OSK Berhad, Kenanga Berhad dan lain lain.
3. Para bakal pelabur disyaratkan untuk menyediakan sekeping salinan kad pengenalan, 2 contoh tandatangan, mengisi borang yang berkaitan, salinan slip gaji terkini dan membayar sejumlah RM10 untuk urusan pembukaan akaun. Ada bank yang tidak mengenakan bayaran. Maybank SIC Berhad mengenakan caj sebanyak RM10 tetapi amaun tersebut dipotong dari akaun pelabur.
4. Jika para pelabur ingin melakukan transaksi pembelian dan penjualan saham secara online tanpa bantuan remisier, pelabur dikehendaki mendaftar secara online di Maybank2u.com
5. Selepas pihak bank approve permohonan pelabur, bermula saat itu pelabur dibenarkan untuk memasukkan duit ke dalam akaun Trading untuk memulakan urusniaga saham.
6. Secara umumnya, harga saham bermula serendah 8 sen sehingga semahal RM70 seunit.
7. Perlu diingat, pembelian saham ada jumlah minimumnya kerana pembelian saham bukan semudah membeli barang di pasaraya kerana minimum pembelian saham bermula pada jumlah 1 Lot bersamaan 100 unit saham. Sebelum ini, 1 Lot saham berjumlah 1000 unit tetapi telah dikurangkan oleh pihak Bursa Malaysia untuk memudahkan para pelabur kecil yang ingin berjinak dalam dunia saham.
8.Sebagai contoh: Jika anda ingin membeli saham FGV pada harga RM4.70 seunit, anda memerlukan RM470 untuk membeli 1 Lot saham. Kiraan ini tidak termasuk brokerage fee, stamping duty, dan juga clearing fee. Jika anda ingin membeli saham yang berharga RM0.10 seunit, wang yang anda perlukan adalah sebanyak RM10. Jadi, kos untuk membeli saham bermula dari RM10 hingga ke puluhan ribu Ringgit satu Lot.
Sekian, akan diupdate perkembangan terkini.

Friday, August 10, 2012

FIGHT IF YOU ARE RIGHT!

 https://www.facebook.com/kefie92/posts/3451202643404?notif_t=feed_comment

Petang tadi aku terfikir sesuatu tentang Ibadah Puasa. Zaman sekarang ini, terlalu ramai manusia yang jahil dengan ilmu agama. Semua nak debat ikut suka hati. Agak agaknya, sah atau tidak puasa kalau rambut itu berwarna warni bak warna pelangi?
Agak kontroversi berdebat dengan pejuang pejuang Melayu Liberal.
But first, kita go through Syariah yang tergaris di dalam Al-Quran dan Hadith.
Mewarnakan rambut mengikut Imam Shafi'e, HARAM!
Mengikut pendapat Imam lain , ada yang kata Makruh, dan lain lain.
Sebelum itu, baik diteliti dari segala aspek, kerana Islam terbina dengan adanya perkara yang saling kait mengait.
Jika pewarna rambut itu terdapat bahan yang menghalang air dari melalui anggota badan,
maksudnya tidak sah Mandi Hadas yang dilakukan. Jika Mandi Hadas tidak sah, secara automatik Ibadah Ibadah yang diperintahkan oleh Allah tidak sah. Jadi, kalau beribadah tetapi ibadah tersebut secara terang terangan tidak sah dan diterima, buat apa beribadah. Sia sia Sahaja. Tetapi ada suara suara sumbang berkata 'Sah atau tidak ibadah seseorang itu hanya Allah yang tentukan, sebagai hamban-Nya, kita buat sahaja".
Take note:  Jangan ambil remeh tentang Ibadah, kerana kesempurnaan dalam Ibadah itu yang dituntut oleh Tuhan.